Heart Me!Blog Me!
Disclaimer.



Diary About Links

WRITE ANYTHING ABOUT YOU HERE :)

Stalker.


Credits.


The creator of this template is Ainabillah Shafie.
The template reedit by Mrs Yaya. The photogenic pictures taken at WeHeartit. Thanks to Rinaa for the cursor freebies. I am proud to use Colour Choose to

Powered by Blogger.com.




Riuh-riuh raya ^_^ bersama syasya



Assalamualaikum.. ^_^
enjoy your reading :)
Salam Aidlfitri ku ucapkan.. bagaimana korang punya hari raya tahun ni ^_^ banyak duit raya dapat haha xD

hehe gambar kat atas tu second day of raya.. first day raya x de kat sya. So sya tak ada lah simpanan foto raya pertama.

Pagi raya:-
pagi raya tu sya siap2 mandi wangi2, makan dulu (minum je) sebelum solat raya. Sya dan family dah wangi2 pakai jubah hitam. kita orang pun pergi lah Surau Assyukriah menunaikan solat sunat Hari Raya AIdilfitri yang berlaku sekali dalam setahun ^_^. Sangatlah rugi siapa yang tidak menunaikannya.

One family pakai jubah hitam,tak nak komotkan baju raya :) orang-orang ingat tema kita orang hitam.. aseek xD
haha then.. kita orang dah siap solat ,dengar khutbah semua. bersalam-salaman dengan orang-orang dekat surau tu :) then dalam pukul 9 lebih kita orang balik rumah,tukar baju siap2 dengan bertemakan biru pink <3
yeayy ^_^

pukul 10 pagi terlihat seorang lelaki tampan bersongkok putih berbaju biru :) duduk rapi + kemas di atas sofa di ruang tamu. Terlihat pula seorang wanita cantik yang duduk sopan + manis di sebelah lelaki tadi. Oh itu adalah orang tua syasya :) It's Time to bermaaf-maafan.

sya dan adik-beradik bersalam-salaman sambil bermaaf-maafan.Ayah bagi duit raya ^_^ untuk setiap satu anak-anak dia <3  tak sempat nak berfoto dekat rumah terus straightly go to aunty's house :D half of big family dah berkumpul kat sana :)

eh..eh kenapa? nak tengok gambar ke :-P




ni je yang ada (rumah aunty) gambar kat camera sya x de yang ni 0.0 *curi gambar kat kamera cousin*
haha tahun ni boleh tersama dengan cousin sya pulak..
ayah sya bersongkok putih ^_^

then sampai je sana makan2 haha.. mana tak gemok cik kak oi?
sya tak makan dia orang je makan.. sebab sya dah kenyang :D
lepas makan buat tahlil sekejap... barulah sesi mengeluarkan Air mata... *bermaaf-maafan*
beratur panjang... pakcik dan mak cik duduk sebaris.. wehhheww awesome kan ^_^

baru half of my big family.
then dah bersalam-salaman kita orang take a pic satu2 sfamily :)
*gambar tak ada sorry*

lepastu mulalah menjelajah rumah-rumah family , sanak-saudara,sepupu-sepapat,saudara-mara...
yang terdekat dulu :) then sampai ke petang.. bermula rumah mak Ngah dan berakhir rumah Cik Idah           (6:55pm).

malamnya dia orang ke rumah sya ^_^ yuupps malam raya pertama memang spent time ke rumah sya <3


holla :) 
[baju raya yang ni series kelakar.. umi salah belikan saiz baju.. haha ambik dia.. besar betul saiznya 0.0]

lepas balik dari rumah cik Idah kita orang balik rumah.. sya, pembantu rumah dan umi pun masak2 kemas-kemas letak pinggan,mangkuk,cawan semua~..
makanan siap terhidang pukul 8:00 - siap solat maghrib semua. Sya pun siap-siap untuk kedatangan family ^_^

pukul 9:00 baru dia orang datang :) muncul satu-satu sepupu yang datang ke rumah :)
Rumah sya mula meriah..
dia orang makan + borak2..
yang anak-anak pula bertandang ke bilik sya.. tumpang solat semua.. then kita orang pun makan... oleh kerana mak cik , pak cik ,aunty , uncle makan kat dalam... kita orang sengaja makan kat luar duduk kat pondok.. untung ada halaman rumah wkwk.. sambil borak-borak, kita orang pun menikmati makanan yang tersedia.

setelah kenyang makan + minum... masuk dalam letak pinggan.. eh tengok aunty2 uncle2 belum habis makan lagi.. ni kes tambah lagi atau beborak tak ingat dunia ~

sya pun ambil gadget, kita orang buat video masuk instagram.. wkwk.. nyanyi lagu hari raya -..- snap pic haha cousin sya dapat camera habis lah penuh memory card camera tu.



"cekerit..cekerit.." bunyi camera tahun 1950an

buat video nyanyi lagu raya.. " suasana hari raya walau dimana pun jua....." sambung sendiri :-P dengan bakat yang ada kita orang pun nyanyi ^_^ 
haha dah nyanyi post kat instagram :) tangkap gambar semua.. semua masuk dalam.. serbu bilik sya y.y hobi dia orang.. pssfft dalam hati *Oh No! bersepah bilik..*

haha dia orang on laptop sya.. dia orang online~ then masing2 sibuk dengan gadget dia orang.. gelak tak ingat dunia.. ada yang tangkap gambar... ada yang bukak you tube suurh tgk video "roti canai" - I am avoid you all to watch that video so irritate.. annoying -.- 

then buat video lagi tuh haha lumrah keluarga photographer...
dah tepat pukul 12 malam semua balik <3 have a nice day eva ^_^ kemas2 , tidur.. besok pagi nak bangun beraya saudara-saudara yang jauh :D 

bangun pagi,bersiap-siap dengan bertemakan baju purple.. bersarapan dulu.kemudian terus straight away ke rumah Atuk... *tak ingat nama* dekat kampung jawa. 


gambar kontroversi *ahakss* ni gambar sya dengan abang ^_^
kebetulan sama warna baju ^_^



ni dengan abang ^_^

so kita orang start journey dari kampung jawa ke jalan kebun dan jalan-jalan dan berakhir ke rumah Mak Long yang di Banting.. lepas dari rumah Mak Long tengah malam sampai rumah.
sya nak cerita haha on the way ke Kampung jawa umi baru tanya bawa camera tak? abang jawab bawak. dah sampai rumah atuk sedara dekat kampung jawa..kononnya nak tangkap gambar tengok2 "no card reader" aah STRESS.. ~ *troll face* so kita orang tangkap gambar pakaiiphone je -.- 

dari satu rumah ke satu rumah kita orang ada shooting :)
nak tengok video kami? haha nantikan ye kalau sya rajin nak share :-P

jalan2 dari satu rumah ke satu rumah sya cari kedai gambar wkkw...haha akhirnya sya jumpa kedai kamera ayah pun berhentikan kereta sya pergi beli memory card.. and yeay finally dah ada memory card ^_^
so kita orang continue shooting.. haha *ada part sya keluarkan kepala dekat bumbung kereta~ * memalukan haha tak payah tengok la ye :P

oh ye sya lupa nak cakap.. sya ada nenek saudara * kakak kepada arwah nenek sya* umurnya 113 tahun hebat kan? :') bangga dengan nenek tu every year kita orang datang melawat mesti duduk dekat sejadah sambil pakai telekung baca al-Quran :') this year dia terbaring atas katil badan dia kurus je tulang-tulang dia nampak sangat.. bak kata orang kita "uzur dah" :") sya ambil kesemptan yang ada ambil gambar dengan nenek tu.. tapi dekat phone nanti sya rajin..syasya share okay ^_^

okay lah sampai sini je sya berceloteh next time sya coret-coret lagi :) umi dah panggil tu nak beraya ^_^
selamat mengumpul duit raya haha:-P eh salah tu.. beraya bukan sebab nak duit ya.. ingat tu ^_^ 
Assalamualaikum.